4 TIPS IBU ANAK RAMAI BERKERJA DARI RUMAH


Sebelum ini, Umi pernah kongsi 
6 SEBAB SAYA KENAPA MEMILIH BISNES ONLINE SHAKLEE tapi entri kali ini Umi share pula tips berkerja dari rumah. Tips ini Umi guna pakai untuk tackle kesibukkan seharian sebagai seorang surirumah, isteri, ibu dan juga seorang wanita berkerja dari rumah. 

Semoga membantu ramai kawan-kawan di luar sana. I hope u ready sebab berkerja dari rumah bukanlah semuanya indah belaka. HAHA. 

Sebelum itu, sekali lagi Umi kenalkan diri. Saya Elly Matin, ibu kepada 4 orang anak dan lebih mesra dipanggil dan bahasakan diri Umi. Umi buat bisnes online Shaklee. Alhamdullilah ini tahun ke-7 Umi serius dalam bisnes ini dan 7 tahun ini juga Umi beroperasi dari rumah. 


TIPS 1 : PLAN YOUR DAY, WEEK AND MONTH

Sebelum teruskan tips, Umi dari dulu suka planning dan buat to do list. Dan dalam sehari sangat banyak to do list, kadang sampai cecah 20 list. Alhamdullilah, benda itu masih boleh dikerjakkan walaupun bukan 100% tapi masih boleh buat dalam 50%.

Tapi bila anak makin ramai. Ada anak yang sudah besar perlu bersekolah dan ada anak yang masih kecil perlu diberikan perhatian dari penjagaan harian. Umi memang tidak mampu buat banyak hal dalam 1 masa. Buat to do list banyak-banyak sampai jadi stress sebab penat dengan menulis to do list sahaja. Buatnya tidak sebab banyak benda perlu di selesaikan juga.

Sebagai seorang yang ibu dan berkerja dari rumah, Umi tidak boleh selfish untuk buat kerjaaaa saja dan abaikan anak. Hidup kena balance. Duit perlu, rumah perlu di jaga dan anak dan suami perlu diberikan kasih sayang dan perhatian.

  • Kerja-kerja pembersihan seperti kemas dapur, mop rumah, cuci toilet, tukar bedsheet dan kerja-kerja yang perlu ambil masa 30-60 minit. Umi buat secara weekly. 1 hari cuma 1 task sahaja untuk cleaning macam itu. Jadi Umi memang konsisten buat semua itu pada hari yang sama untuk seminggu. Contoh tukar bedsheet pada hari Ahad, Umi memang akan tukar bedsheet setiap Ahad. Tidak akan cuci hari lain, agar kerja harian pada hari lain berjalan lancar seperti biasa.
  • Umi memang buat jadual harian setiap hari. Jam sekian-sekian apa aku kena buat. Contoh inilah morning routine Umi.      
  • Setiap hari berkerja atau sekolah, Umi cuma berkerja untuk urus bisnes online Umi dalam 1 hingga 2 jam untuk fokus. Selebihnya, Umi akan reply dan buat mana yang boleh dibuat along the day. Antara kerja-kerja yang Umi kena fokus ialah menghasilkan posting di media social, memberikkan kelas untuk team, editing gambar, COD atau pos barang. Kerja-kerja ini, Umi kena tetapkan masa untuk tidak ganggu kerja lain. 
  • Jadual waktu orang berkerja dari rumah ini bukan seperti jadual waktu sekolah atau orang yang berkerja di pejabat ya. Kalau Umi, jadual kerja Umi akan ikut jadual tidur anak. Umi akan pulun semua kerja bisnes yang perlu di fokus sewaktu anak tidur.
  • Umi cuma buat paling banyak 6 to do list dalam sehari. Untuk elak overwhelming.
  • OT atau overtime, ingat orang berkerja di pejabat saja overtime. Umi pun ada overtime. Umi akan buat overtime pada malam Sabtu dan Ahad kerana sewaktu itu, Umi tidak perlu buat kerja merbahaya seperti drive untuk ambil dan anak dari sekolah.

TIPS 2 : RUANG KERJA YANG SELESA

Sebagai seorang ibu dan juga dalam masa yang sama berkerja dari rumah atau freelance. Ruang kerja ini penting okeh! Umi memang sesuaikan keadaan Umi dan anak-anak. Umi akan berkerja dimana anak-anak selesa. 
Tapi pentingnya ada meja yang kemas dan kerusi yang selesa untuk berkerja dari rumah. Actually boleh saja tekan-tekan phone dari atas katil, tapi untuk Umi. Umi lebih suka buat kerja di meja dan proper.

TIPS 3 : KERJASAMA DAN SANGKAAN AHLI KELUARGA

Antara sebab kenapa Umi lebih suka berkerja di meja kerja, kerana anak-anak faham Umi tengah berkerja. Umi ada 4 anak, ada 2 batch kelahiran. Batch kakak-kakak 8 tahun dan 9 tahun. Manakala batch adik-adik 1 tahun dan 3 tahun.

Alhamdullilah, batch kakak-kakak dan yang 3 tahun ini sangat matang. Mereka tahu bila Umi duduk di meja kerja, Umi berkerja. Jadi Umi memang akan betul-betul berkerja, Umi tidak sia-siakan kepercayaan anak-anak.

Tapi berbeza pula dengan baby 1 tahun. 

Jadi bila waktu kakak-kakak bersekolah, Umi akan buat kerja di atas katil bersama adik-adik sekiranya kerja-kerja itu boleh dilakukan di telefon sahaja. 

Alhamdullilah. Suami pun faham kerja Umi. 7 tahun bekerja dari rumah, Umi tahu apa yang suami okeh dan tidak okeh. So my top priority everyday is not MASAK! Tapi menyapu atau mop lantai. Itu saja suami ses minta. Haha. 

Dia cakap "1st things u need to do before masak or etc is bersihkan lantai rumah supaya anak-anak selesa" 

Alhamdullilah!

TIPS 4 : MEAL PREPPING

Umi bukan buat meal yang masak banyak-banyak dan beku kan itu ya. Tapi Umi prep cuci siap-siap, bawang kisar siap-siap. Jadi bila mau masak, terus masak saja. 

Selain itu, Umi memang akan masak sekali sehari sahaja. Masak 1 kali untuk lunch sampai ke dinner. Memang sangat jimat masa dan efektif. Alhamdullilah.

Uolls boleh juga baca cabaran-cabaran berkerja dari rumah sini

Comments