Posts

Showing posts from September, 2023

5 BAJET YANG PERLU DISEDIAKAN SEWAKTU MENGANDUNG

Bulan ini, sudah setahun empat bulan Umi bersalin anak keempat. Alhamdullilah! Anak pertama dan anak keempat sangat jauh beza persediaan. Anak pertama, Umi lebihkan pada keperluan bayi sampai yang sebenarnya tidak perlu pun Umi beli. Tapi anak keempat pula, Umi lebihkan pada keselesaan Umi sendiri sebagai ibu yang bersalin rapat. Beli keperluan bayi hanya yang perlu sahaja. 1. BAJET KLINIK Pertama sekali ialah bajet klinik. Adakah anda perlu ke klinik kerajaan atau swasta.  Klinik Kesihatan Kerajaan Duit Minyak atau Grab RM 10 mengikut kawasan Duit Makan RM 10 Total RM 20 Klinik Swasta Duit  Minyak atau Grab RM 10 mengikut kawasan Duit Makan RM 10 Duit Klinik RM 100 mengikut rate klinik Total RM 120 Pilih yang terbaik. Seperti Umi, selepas anak keempat. Umi tidak larat bawa anak-anak lain ke klinik kerajaan atas sebab kekangan masa. Jadi Umi asingkan siap-siap setiap bulan RM 150 untuk klinik. 2. BAJET PAKAIAN Bagi yang jenis badan cepat naik, memang sangat perlu beli pakaian yang lebi