5 BAJET YANG PERLU DISEDIAKAN SEWAKTU MENGANDUNG

Bulan ini, sudah setahun empat bulan Umi bersalin anak keempat. Alhamdullilah! Anak pertama dan anak keempat sangat jauh beza persediaan. Anak pertama, Umi lebihkan pada keperluan bayi sampai yang sebenarnya tidak perlu pun Umi beli.

Tapi anak keempat pula, Umi lebihkan pada keselesaan Umi sendiri sebagai ibu yang bersalin rapat. Beli keperluan bayi hanya yang perlu sahaja.

1. BAJET KLINIK

Pertama sekali ialah bajet klinik. Adakah anda perlu ke klinik kerajaan atau swasta. 

Klinik Kesihatan Kerajaan

Duit Minyak atau Grab RM 10 mengikut kawasan

Duit Makan RM 10

Total RM 20

Klinik Swasta

Duit Minyak atau Grab RM 10 mengikut kawasan

Duit Makan RM 10

Duit Klinik RM 100 mengikut rate klinik

Total RM 120

Pilih yang terbaik. Seperti Umi, selepas anak keempat. Umi tidak larat bawa anak-anak lain ke klinik kerajaan atas sebab kekangan masa. Jadi Umi asingkan siap-siap setiap bulan RM 150 untuk klinik.

2. BAJET PAKAIAN

Bagi yang jenis badan cepat naik, memang sangat perlu beli pakaian yang lebih selesa dan tidak ketat. Pilih pakaian yang jenis kainnya cotton, kerana wanita mengandung ini cenderung untuk terkena ruam.

Bajet untuk pakaian boleh letakkan RM 500

Kerana kita perlukan pakaian dalam yang baru, pakaian luar yang baru. 

Tips untuk jimat ialah jangan beli pakaian dalam khas untuk mengandung. Just beli pakaian dalam oversize yang boleh pakai selepas bersalin. 

Begitu juga dengan pakaian luar. Tidak perlu beli untuk wanita mengandung. Just beli oversized pakaian seperti jubah dan seluar besar. So nextime boleh pakai.

Sebab 4 orang anak Umi, Umi tidak pernah beli pakaian yang betul-betul beli di kedai wanita mengandung. Ia lebih murah insyaAllah.

 

3. BAJET MAKANAN SIHAT

Mengandung bukanlah kunci anda boleh makan apa sahaja ya. Mengandung adalah permulaan hidup anak kita. We need to eat healthy food. Ada yang tidak mampu makan sayur sewaktu mengandung. 

Makanlah supplement yang sesuai untuk wanita mengandung. Suppleemnt yang diuji secara klinikal selamat untuk wanita mengandung. Umi makan supplement Shaklee sewaktu mengandung. Umi memilih Shaklee kerana ianya diuji secara klinikal sesuai untuk wanita mengandung. 

Bajet supplement yang paling basic ialah cuma RM 328 (harga member) untuk kegunaan 1 hingga 6 bulan. Kiranya tambah tolak cuma perlu peruntukkan RM 55-100 untuk sebulan.

4. BAJET HOSPITAL

Bajet hospital juga sama seperti bajet klinik. Anda boleh memilih bersalin di hospital kerajaan jauh lebih murah dari hospital swasta. Malah fasiliti Hospital Kerajaan juga baik.

Kos bersalin di Hospital Kerajaan RM 40-100. Menurut pengalaman Umi, Umi bersalin paling tinggi pun RM 117. Itupun bersalin czer. Masa bersalin normal anak pertama RM 22 sahaja.

Kos bersalin di Hospital Swasta pula menurut rate hospital tersebut. Rate bermula dari RM 2900 keatas. Alhamdullilah semasa Umi bersalin di KPJ, cuma RM 6000 sahaja Umi bayar. 

Masih reasonable bukan? sebab ikut kawan-kawan lain, kalau czer dah cecah 5 angkah.

5. BAJET KEPERLUAN BAYI

Bajet keperluan bayi ini tidak perlu besar dan tidak perlu beli sekali. Sebelum buat apa-apa belian, buat dulu checklist. 

Kalaua anak pertama, mungkin perlu bajet tinggi sedikit tapi tidak pada anak seterusnya sebab ada beberapa barang yang boleh dipakai seperti tilam, baby cot, besen mandian.

Beli yang perlu terlebih dahulu seperti pakaian bayi, lampin pakai buang dan tuala atau bedung. Sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak, Umi tidak sarankan ibu-ibu baru untuk berhabis wang ringgit pada keperluan mandian bayi. Cukuplah sabun mandi yang boleh digunakan pada kepala dan badan, minyak angin 1 jenis sahaja. Bedak tidak bagus untuk paru-paru bayi. So please skip!

Masa anak keempat Umi, Umi cuma beli kurang dari 20 helai pakaian berpasang dan 6 helai tuala. Sebab Umi bayi cepat sangat besar. Lagi 1, normallah kelahiran bayi yang baru mesti akan dapat hadiah pakaian. Hihi.

InsyaAllah nextime Umi akan share lebih banyak. 

Comments