4 SEBAB KENAPA SAYA CONSUME VITAMIN C SHAKLEE SETIAP HARI

MasyaAllah. Alhamdullilah. 

Assalamualaikum. Hi. 

Sedar tidak sedar, bulan Oktober sudah. Lagi 2 bulan kita akan masuk tahun baru dan Umi sangat sibuk dengan tugasan seharian sebagai seorang ibu. Sampaikan mahu menulis pun tidak sempat.

Alhamdullilah, hari ini ada kesempatan untuk berkongsi dengan anda. 

Since Umi baru sembuh dari demam. Umi mau share sini kenapa Umi start konsisten untuk consume Vitamin C sejak demam hari itu.

Jujurnya sebelum ini, Umi agak culas juga makan Vitamin C. Sebab Umi rasa Vitamin C ini tidak cepat kesannya pada badan Umi. Ramai yang makan Vitamin C Shaklee, kulit mereka jadi cantik dan sebagainya.

Tapi macam Umi tidak ada perubahan yang ketara pada kulit yang Umi nampak. Sampailah my friend tegur. Ahhh. Kejap lagi Umi cerita. 

So this blog is my personal experience with Vitamin C Shaklee. Before that, Umi sebenarnya sudah consume Shaklee sejak tahun 2014. Tapi Vitamin C Shaklee bukanlah supplement yang Umi utamakan dalam rutin harian.

Ia ibarat, ingat minum. Ndak ingat, ndak minum. Cuma Umi memang akan konsisten ambil Vitamin C Shaklee sewaktu hamil, kerana....... Jom sambung baca di bawah.

5 SEBAB KENAPA SAYA CONSUME VITAMIN C SHAKLEE SETIAP HARI

1. VITAMIN C SHAKLEE ATASI GUSI BERDARAH

Sejak zaman bujang, Umi ada masalah gusi yang sangat sensitif. Umi ingatkan perkara ini normal sahaja. Normallah tu berus gigi dan berdarah.

Tapi sewaktu mengandung anak pertama, Umi selalu berdarah gusi dan benda ini menyebabkan mulut berbau. Umi masih fikir perkara ini sangat normal. Jadi Umi abaikan sahaja.

Umi bersalin anak pertama pada tahun 2014, semasa itu Umi start consume Shaklee. 

Dan Umi mengandung anak kedua pada tahun 2015. Umi perasaan, mengandung anak kedua ini Umi tidak alami gusi berdarah. Bengkak pun tidak.

Selepas berberapa bulan bersalin, Umi stop consume Vitamin C Shaklee dan Umi dapati gusi sensitif semula.

Masa itu, baru Umi tahu bahawa tanda-tanda kekurangan Vitamin C ialah gusi berdarah. Jadi, start dari itu Umi consume Vitamin C Shaklee. Tapi banyak culas. Umi ingat kalau Umi ada problem berkaitan kekurangan Vitamin C seperti gusi berdarah.

Asal gusi berdarah, Umi memang cepat-cepat consume Vitamin C Shaklee dan memang 3-4 hari terus baik. Alhamdullilah.

2. VITAMIN C SHAKLEE ATASI PROLONG COUGH

Entahlah kenapa sejak Covid ini, Umi rasa imun badan Umi makin rendah. Ada yang cakap pasal vaksin. Tapi Umi rasa kalau Umi ia lebih kepada unhealth lifestyle semasa Covid.

Umi selepas Covid, mengandung dan bersalin 2 kali berturut-turun secara czer. Dan benda itu membuatkan badan Umi naikkkkkk sampai 90 kg keatas. Itupun salah satu sebab Umi rasa Umi selalu tidak sihat.

Tapi mujurlah walaupun kerap sakit, tidaklah ambil masa yang lama kecuali batuk. 

Tahun ini, 2 kali Umi batuk yang agak panjang. Pertama kali itu, selepas raya. Sampai geli minum ubat batuk. Akhirnya ikut my mom cakap makan Vitamin C Shaklee setiap 5 jam. Dalam beberapa hari saja baik. Alhamdullilah.

Kali kedua batuk teruk ini, baru-baru ini. Batuk terlebih dahulu dan selepas itu, Umi demam dan batuk semula. Umi cuba kaedah sebelum ini iaitu makan Vitamin C setiap 5 jam. Alhamdullilah dalam 1 minggu, batuk itu hilang.

Jadi tau sudah selepas ini, setiap kali rasa tidak sihat. On saja Vitamin C Shaklee setiap 5 jam. Bila sudah sihat, consume saja seperti biasa.

3. HEMOGLOBIN CANTIK SEWAKTU HAMIL DENGAN VITAMIN C SHAKLEE

Semasa mengandung anak pertama, Bacaan HB Umi pernah di bawah 10 walaupun makan iron dari klinik. Umi try bermacam cara naikkan HB memang tidak naik. Paling tinggi pun 10. Nasiplah anak baik. Allah jaga.

Berbeza sangat dengan anak kedua, ketiga dan keempat. HB paling rendah pun 10.5 keatas. Itupun sebab Umi terlalu kuat minum kopi semasa anak ketiga dan keempat.

Umi perasaan bila makan iron sahaja tidak membantu sangat untuk naikkan HB. Tapi kalau makan Iron, Vitamin B dan Vitamin C secara serentak. HB cantik sahaja. Alhamdullilah.

Jadi semasa Medical Check up baru-baru ini, HB Umi rendah sangat. Ini juga salah satu sebab Umi start consume Vitamin C Shaklee tanpa culas. InsyaAllah.

4. KULIT LEBIH CERAH CONSUME VITAMIN C SHAKLEE

Asbab batuk, Umi consume Vitamin C Shaklee setiap hari. Kulit lebih cerah. Sebenarya Umi tidak perasaan pun kulit Umi lebih cerah dari sebelum ini. Tapi my friend tegur bila Umi bagi gambar bare face.

Soalan my friend

"Putih juga ko, pakai filter kah?"

Waktu itu, bangga juga sikit sebab memang tidak pakai filter pun. 

Menurut kajian, consume Vitamin C bantu untuk lindungi kulit kita dari kehilangan air dan kurangkan kusam pada kulit. Kerana Vitamin C ini, memainkan peranan dalam mengekalkan kelembapan kulit. 

Jadi bila kulit kekal lembap, kulit akan kelihatan lebih berseri dan tidak kusam. Itu yang orang nampak macam cerah. Alhamdullilah.

Uolls yang singgah sini, boleh juga baca apa kepentingan Vitamin C Shaklee pada badan < Kepentingan Vitamin C Shaklee >



Comments