4 AMAL SOLEH YANG BOLEH DILAKUKAN SEWAKTU HAID

Assalamualaikum 

Dulu sewaktu belajar di kelas Mualaf, Umi sering kali mendengar soalan seperti ini.

"Ustazah, apa amalan sewaktu haid?"

Umi sangat bersyukur individu itu bertanya, kerana Umi pun dapat jawapan.

4 AMAL SOLEH YANG BOLEH DILAKUKAN SEWAKTU HAID

1. Perbanyakkan Sedekah

In terms of sedekah ini, ramai yang sangka hanya berbagi makanan atau wang. Padahal ilmu juga sedekah. Khidmat atau membantu pun sedekah. The most easier sedekah is extra effort to your kids.

2. Zikir, Istigafar dan Doa

Master Norita sering kali ingatkan kami untuk berzikir. Direct Master Umi iaitu Master Laila sendiri anjurkan selawat berjemaah. 

3. Menuntut Ilmu

Sekarang ini sangat senang untuk menuntut ilmu. Tidak perlu keluar pun dari rumah. Ianya semua di hujung jari. Even me, Umi belajar mengaji melalu online. Ustazah yang ajar mengaji itu call by zoom untuk mengajar setiap hari Selasa.

Takzirah-takzirah juga banyak di Youtube and this is my favorite takzirah Channel.

Banyak lagi sebenarnya channel yang boleh kita go thru setiap hari untuk menuntut ilmu tanpa keluar dari rumah.

4. Mengajar Anak

Disebabkan sewaktu period ini kita tidak dapat mengaji, jomlah mengajar anak-anak mengaji. Kalau hari biasa mungkin sehari 1 muka surat, tingkatkan kepada 2 muka surat untuk cek bacaan anak-anak.

Alhamdullilah, semoga kita semua boleh melakukan amal soleh yang senang ini sewaktu haid.

Boleh baca doa yang bagus untuk wanita sini












Comments