6 STEP MUDAH MULAKAN BISNES ONLINE TANPA PENGALAMAN

Happy weekend awak!

Hari ini, Umi mau share 6 langkah mudah untuk mulakan bisnes online tanpa pengalaman.

STEP 1 : AKU MAHU JUAL DENGAN SIAPA?

Mungkin kalau 10 tahun lepas step pertama yang Umi share ialah APA AKU MAHU JUAL. Tapi bila semakin dewasa ini, Umi sedar yang ada barang pun kalau tiada pelanggan pun susah.

Aku mahu jual barang aku dengan siapa? Siapa yang akan berminat dengan barang aku? Jadi ini adalah 5 avatar pelanggan.

  • Pelanggan aku perempuan atau lelaki?
  • Berapa umur pelanggan aku?
  • Apa pekerjaan pelanggan aku?
  • Apa masalah yang produk aku boleh selesaikan?
  • Apa kekuatan pelanggan aku?

STEP 2 : AKU MAHU JUAL APA? 

Bila kita tahu dengan siapa kita mahu jual produk kita. Kita akan lebih senang untuk mencara benda yang kita mahu jual.

Apa aku mahu jual ya? Sekiranya anda tahu jawapan mahu jual apa. Senang untuk membuat kajian barang yang anda mahu. Selalunya, individu lebih suka untuk mulakan perniagaan dengan apa yang mereka suka dan bukan apa yang pembeli suka. 

Tapi apa yang Umi nampak, keduanya perlu. Apa yang kita suka dan apa yang pembeli suka. Sebab kalau kita cuma berfikir apa kita suka, belum tentu apa kita suka itu pembeli suka.

Melainkan bisnes anda pilih bisnes evergreen seperti skincare, kesihatan, makanan. Pembeli akan cari dari semua peringkat umur dan jantina. Contoh kalau mahu jual pakaian, adakah pakaian ini evergreen? Yes but not the fast fashion. Huhu

STEP 3 : MODAL BISNES

Ada orang berani ambil risiko untuk mulakan bisnes dengan modal besar. Untuk bisnes online, Umi percaya tidak perlu pun ada modal yang besar. Sebab kita tidak perlu sewa kedai atau tapak perniagaan. Even kita sangat jimat pada kos buruh.

Sekarang ini, banyak sangat bisnes yang tidak perlu modal besar. Salah satunya ialah memulakan dengan dropship. Ada dropship berbayar dan ada yang percuma sahaja. 

Umi bagi 1 contoh dropship fee murah dan evergreen. 

Shaklee antara bisnes paling murah untuk anda bermula. Cuma perlu bayar RM 35 dan anda dapat website sendiri untuk memulakan bisnes. Dapat team. InsyaAllah kalau u join Umi, Umi guide. Boleh join sini

STEP 4 : PILIH NAMA KEDAI DAN BUAT KEDAI ONLINE

Ini kisah benar tau. Baru-baru ini, Umi makan Nasi Lemak di satu kedai makan di kawasan rumah. Makanan situ sangat sedap dan itu bukan kali pertama Umi tapau pastry dari sana. Bila Umi share di Instagram, ramai yang tanya "di mana ini"

Dannn Umi tidak dapat jawap on the spot, sebab Umi rasa susah sangat mau taip nama kedai itu. So sini kita sudah nampak pemilihan nama kedai sangatlah penting untuk ianya

  • Mudah untuk pembeli ingat dan eja. Biarlah nama kedai online kita itu tidak guna ejaan-ejaan yang susah walaupun anda inginkan keunikkan dalam pemilihan nama.
  • Biarlah nama kedai online kita itu, bila ada orang lain tanya "beli di mana?". Customer kita terus dapat jawap dengan "Elly Matin".
  • Pemilihan kedai online juga penting. Kena tahu, pelanggan anda itu berada di platform mana. Dan walaupun anda mahu bermula dengan personal page, tapi buat juga official page untuk menampakkan perniagaan wujud secara serius.
STEP 5 : SET UP ONLINE BANKING

Sekiranya anda belum ada online banking, sila buat dengan kadar segera agar memudahkan proses pemindahan wang semasa urusan jual beli kelak. 

Guna sahaja dahulu akaun apa yang ada. Tapi lebih baik sekiranya asingkan akaun untuk kegunaan peribadi dan kegunaan bisnes. Kerana bisnes kita akan bergantung pada bagaimana cara kita urus cashflow.

STEP 6 : CARI SUPPLIER

Mencari supplier ini bukanlah perkara yang mudah, banyak benda kena try and error. Umi masa berjinak-jinak dengan bisnes online, Umi jual pakaian dan contact lens. Dan Umi rasa sangat drain energy Umi berurusan dengan supplier luar Malaysia. Masa itu, agak susah juga beli barang dari China.

That why, bila Umi buat bisnes Shaklee ini. Umi happy sangat, sebab Umi tidak perlu fikir untuk cari supplier. Umi tidak perlu berfikir untuk kira margin jualan dan paling penting, kalau ada barang rosak sewaktu penghantaran. Boleh minta ganti baru. Tidak seperti bisnes Umi dahulu.

Semoga steps memulakan bisnes online ini membantu anda. Umi doakan anda berjaya mulakan bisnes online tanpa modal yang besar tapi pulangan yang banyak. Amin!

Comments