4 TIPS TRAVEL DENGAN ANAK

Travel ini best sangat, apa lagi bila travel dengan anak-anak. Tapi ia boleh jadi mencabar kalau anak-anak tidak selesa dalam flight. Jadi ini adalah tips travel dengan anak-anak.

1. PASTIKAN ANAK-ANAK KENYANG

Anak-anak akan ada potensi untuk tantrum bila perut dalam keadaan lapar. Jadi makesure anak-anak kenyang dan bawa juga makanan-makanan kegemaran anak tapi makanan yang tidak tinggi kandungan gula.

Boleh bawa buah dan kekacang untuk anak. Selain itu, bagi anak yang masih menyusu. Pastikan buat susu siap-siap sebelum masuk dalam flight.

 
2. BAWA MAINAN UNTUK ANAK

Anak berumur 9 tahun kebawah mudah bosan. Boleh bawa toys kegemaran anak-anak. Anak-anak Umi suka merwarna, jadi Umi memilih untuk bawa set colouring untuk anak-anak dan 1 atau 2 toys kegemaran mereka.

3. PAKAIAN YANG SESUAI

Dalam flight sangat sejuk, jadi kenalah pastikan anak-anak memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang dan stokin. Bawa juga selimut mini yang boleh masuk dalam handbag. Just incase anak-anak sejuk sewaktu dalam flight.

4. MAKAN SUPPLEMENT TINGKATKAN IMUN

Semasa dalam flight, kita akan berkongsi udara dengan beratus orang tanpa ada pengudaraan luar. Jadi, sangat-sangat penting ada imun yang kuat. Kerana kita tidak mahu diri sendiri dan anak-anak terjangkita dengan virus-virus di luar.

Comments