TESTIMONI RESV SHAKLEE SAYA BERSALIN CZER

Bila bercakap mengenai Testimoni Shaklee ini, ianya merupakan satu Rahmat Allah yang paling Umi syukuri dalam hidup Umi dan kami sekeluarga. Rezeki kesihatan yang sangat mahal, yang bila jatuh sakit. Belum tentu kita mampu membeli nilai kesihatan itu.

9 tahun consume Shaklee, dari tahun pertama cuba Shaklee. Shaklee memang tidak pernah kecewakan Umi. Dari testimoni Shaklee Umi yang pertama hinggalah sekarang. Tidak terkira. Setiap kali makan vitamin Shaklee atas keperluan tertentu, pasti dalam testimoni.

Tapi kali ini, Umi mau sangat share testimoni Shaklee Umi yang paling Umi rasa bertuah dan bersyukur sebab consume Shaklee.

Dijadikan cerita, pada tahun 2020 Umi bersalin (anak ke-3 bersalin czer kali ke-2). Umi mengalami sakit tulang belakang yang sangat teruk. Sangat teruk sampai bila Umi sudah baring mengiring sebelah kiri, Umi tidak boleh balas baring sebelah kanan tanpa bantuan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Umi sakit sampai rasa di telinga, mata dan bahu sebelah kanan sakit. Sangat-sangat sakit okeh! Umi pernah menangis kerana masak nasi di dapur, berdiri satu tempat dan bila mau bergerak ke satu tempat. Kaki tidak boleh digerakkan sudah.

Kaki sangat berat, Umi tidak boleh bergerak dalam 15 minit juga Umi cheer up diri Umi untuk berusaha bergerak. Sakit sangat. Masa itu, Umi ingatkan Umi lumpuh sudah. Umi betul-betul takut. Agak lama juga Umi merasa sakit tulang belakang sampailah baby genap 36 hari, Umi cuba makan 1 biji ResV.

Cuba 1 biji ResV mau tengok reaction anak.

Alhamdullilah, syukur. Anak tiada apa-apa reaction yang abnormal. Even Umi bangun pagi lebih bersemangat dari biasa selepas 36 hari berpantang. Itulah kali pertama pagi yang Umi betul-betul senang mau bangun dari tempat tidur. Keesokan harinya, Umi masih makan sebiji ResV dan Alhamdullilah. Mood dan tidur Umi lebih baik. 

Pada hari ke-5 baru Umi perasaan yang Umi tidak lagi sakit badan sebelah kanan dan pinggang yang sakit sampai susah bangun, Umi terlupa sudah. Masa itu, itulah perasaan dan nikmat paling Umi rindu. 

Iaitu, bangun dari tempat tidur dan tempat duduk tanpa bantuan. Tanpa perlu duduk setiap 4-5 minit kerana takut sakit tulang belakang. MasyaAllah! Terima kasih ResV. Kalau tau, day 1 bersalin sudah makan. HAHA.

Bermula dari itu, Umi memang cakap pada diri. Manatau ada rezek mengandung lagi, Umi akan consume ResV ini seawal 1 hari selepas bersalin.

MULUT SIAPALAH YANG MASIN INI?

Umi mengandung seawal anak ke-3 berumur 9 bulan. Awal kandungan itu, Umi sangat takut ya. Sebab Umi kan bersalin secara czer. Banyak benda yang menakutkan Umi. Salah satunya ialah bekas czer yang baru 9 bulan dan tulang belakang yang pernah sakit.

Sudahlah kalau masa pregnant tidak digalakkan ambil ResV. What i gonna do! Alhamdullilah, Allah betul-betul mudahkan urusan Umi sewaktu mengandung. Ya, ada masanya sakit belakang itu. Tapi tidak lama. 

AMBIL RESV SEWAKTU MENGANDUNG

Disebabkan Umi bersalin czer sebanyak 2 kali sebelum ini, Umi memang akan mengalami kontraksi yang lebih sakit dari orang lain doktor cakap. Tapi Alhamdullilah, Umi tidaklah mengalami sakit yang sampai Umi tidak dapat melakukan kerja rumah. 

Tapi Umi mengambil ResV 1 minggu awal sebelum bersalin, sebab Umi terlalu penat. Umi kehilangan tenaga urus anak-anak yang besar, dan juga baby yang kecil dan diri sendiri. Memang kesan selepas ResV, badan lebih bertenaga dan tidur lebih baik. Mood pun lebih bagus.

BERSALIN CZER PAGI, BALIK RUMAH ESOK PAGI

Ini kali pertama Umi bersalin czer tidur 1 malam saja dalam wad. Doktor cakap "kamu sihat ini Elly. Saya tengok jalan sana sini sudah"

Selepas czer 6 jam dan rehat, Umi terus cakap dengan husband "Abang, Umi mau ResV dan Cinch Shake ya"

Amazingly, Umi memang sangat rasa bertenaga dan lebih tenang pada kali ini. Walaupun ini adalah kandungan Umi yang ke-4 dan czer kali ke-3.

BERPANTANG TANPA ALAMI SAKIT TULANG BELAKANG MACAM DULU

Sangat bersyukur, sebab Umi tidak lagi alami sakit belakang macam bersalin anak yang lepas-lepas. Memang Umi ulang-ulanglah cakap. Thank you Allah detikkan hatiku cuba ResV ini. 

Umi memang menabung untuk ResV saja tau. Sebab sebagai ibu kepada 4 anak, Umi banyak sangat kerja perlu dibuat. Masak, ambil anak sekolah, kerja-kerja rumah, bisnes dan banyak benda perlu dilakukan dalam sehari. I need more energy and always health especially tulang belakang.

Sebab bila tulang belakang sakit, badan automatik akan lemah. Telinga susah mendengar, mata jadi sakit, mood tidak baik.

APA KANDUNGAN RESV?

ResV mengandungi campuran proprietari, bahan ramuan botani semula jadi yang dipilih dengan teliti dan menawarkan spektrum polifenol yang luas untuk mengekalkan kesihatan yang baik, dari alam semula jadi kepada anda.

APA ITU POLIFENOL? Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia memberikan buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran warna yang terang dengan kepelbagaian warna. Polifenol telah dikaji secara meluas dan mendapat reputasi yang baik dalam industri kesihatan.

Jadi dalam ResV ada 7 kandungan tumbuhan dan buah semula jadi yang tinggi dengan Polifenol.

1. Lobak Ungu Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik.

2. Anggur Muscadine Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin, sejenis polifenol yang terkenal

3. Japanese Knotweed Mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, ditunjukkan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang positif

4. Hampas Anggur dan Anggur Merah Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin di mana ia menawarkan kuasa antioksidan yang hebat.

5. Anggur Hitam Kaya dengan nutrien dan penuh dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C

6. Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka) Juga dikenali sebagai “Raja Ayurveda”, ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik.

7. Buah Delima Penuh dengan nutrien penting termasuklah elagitanin, asid elagik dan flavonoid.

Umi simpulkan ResV ini ibarat ResQ kehidupan Umi. Bila Shaklee buat promosi ResV, Umi lah manusia paling happy di dunia. Kerana ini adalah supplement yang betul-betul Umi perlukan untuk kondisi badan Umi.


Hubungi Umi untuk dapatkan ResV to ResQ u. Selain itu, Umi join giveaway dari Master Shaklee Norita. Doakan Umi menang giveaway ya.

Your Favorite Shaklee Distributor
Ohya! Boleh reach Umi di Instagram juga > https://instagram.com/ellymatin_?igshid=MmIzYWVlNDQ5Yg==




Comments