5 PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI

Hari ini, Umi teringin sangat mau share petua hilangkan jeragat yang Umi pernah try and error sebelum ini. Dijadikan cerita, Umi peranh ada jeragat yang sangat teruk bermula dari umur Umi 22 kalau tidak silap. Sebab Umi start berkerja di site pada umur 21 tahun.
Gambar atas ini antara kejayaan Umi dalam menjaga kesihatan kulit Umi sendiri. Sebab jujurnya, Umi bukan seorang perempuan yang mengambil berat sangat pasal kulit. Menjaga asal ada sahaja. Haha!

Sebelum Umi teruskan share petua Umi, mungkin ada yang tidak tahu apa itu jeragat?

Dan tahukan anda bahawa jeragat dan pigmentasi itu berbeza!

APA ITU JERAGAT?

Jeragat atau freckles ini ialah dark spot yang selalu kelihatan di wajah tidak kira lelaki atau perempuan. Umi salah seorang insan terpilih yang ada freckles. Memang sangat tidak selesa bila masih muda tapi ada this kind of dark spot on your face.

Tapi zaman sekarang freckles ini menjadi trending sudah sampai ada fliter freckles. Okeh, bukan mau cerita itu. Hehe. Ia terjadi pada beberapa sebab :

1. Keturunan genetik - Maybe Umi ada keturunan kot, sebab my mom and aunty even my dad pun ada. Tapi bila fikir semula, diorang ini terdedah pada matahari dari kecil. Umi pun macam itu jugak.

2. Sinaran UV. Sinaran UV tidaklah matahari sahaja. Semua jenis yang ada sinaran UV termasuklah lampu yang terlalu tinggi lux. Selalunya lampu sportlight. 

Jadi maksudnya freckles ini tidak kira muda atau tua boleh ada atau terkena jeragat. Sebab salah satu sebab ialah keturunan.

APA ITU PIGMENTASI?

Pigmentasi ataupun pigmentation ataupun lebih dikenali sebagai HYPERPIGMENTATION kalau diasingkan HYPER bermaksud banyak atau lebih. PIGMENT pula bermaksud warna. Bila ia disambungkan membawa maksud, warna yang lebih pekat.

Pigmentasi ini selalu kelihatan pada kulit dengan warna kecoklatan lebih pekat dari warna lain. Ia seolah-olah terbakar.
Apa penyebab pigmentasi ini?

1. Keturunan genetik, ia lebih kurang atau sekeluarga dengan jeragat.

2. Perubahan hormon. Ibu mengandung, susukan anak memang selalu kena.

3. Sun damage

4. Injury seperti terbakar, jerawat

5. Tidak cukup mengambil vitamin B12 dan acid folic.

6. Ambil ubat perancang juga salah satu sebabnya.

7.

Bila lihat penyebab pigmentasi, ia lebih kelihatan berpunca dari masalah kesihatan. Umi percaya yang ia disebabkan hormon, sun damage, injury, lack of vitamin b. Sebab masa makin teruk pigmentasi Umi. Umi terlibat dengan perkara-perkara disebutkan di atas itulah.

Umi ada injury yang teruk diakibatkan oleh eczema. Itu antara penyebab kena Umi ada pigmentasi besari di pipi. Bila eczema menyerang, Umi tend to garuk pipi sampailah ia meninggalkan kesan. 

Sambil menulis ini, kalau tidak insaf lagi untuk take care muka. Umi pun tidak taulah! Please be rajin Umi! Sajalah share gambar bulan Mei lepas. Tudung mak mertua beli dari Mekah. 

Actually, Umi try and error a lot of petua untuk hilangkan jeragat tau. Ada yang cakap oleh lemon nanti hilang jeragat. To me benda tu tidak berhasil pun. Pedih adalah. 

Ada lagi i jumpa dalam Youtube suru oleh hirisan kentang to face untuk buka dark circle. Tak jadi jugak!

Ada yang share, guna rawatan laser. Yes. I ada buat! Tapi my skin getting worst. Makin teruk eczema. Umi kenal 1 individu ini, sebab mau buka pigmentasi. Dia buat peeling, sampai sekarang kulit muka beliau jadi merah dan makin hitam. 

So for those yang ada masalah dry skin dan eczema. Maybe this tips sesuai dengan U. 

5 PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI CARA ELLY MATIN

1. MINUM AIR YANG CUKUP

Minum air putih ikut keperluan badan u. Ramai yang sangka air ini cuma berfungsi untuk hilangkan haus. Padahal, air sangat bermanafaat pada tubuh badan termasuklah organ kulit.

2. SKIN CARE ROUTINE

Untuk skincare routine ini, Umi ada beberapa pengalaman pakai skincare mahal, skincare farmasi, skincare high end tapi semuanya tiada hasil sampailah Umi betul-betul pakai Youth Shaklee. Baca sini kisah Umi

  • Malas macam mana pun, pleaselah cuci muka guna cleanser sehari 2 kali. Buat urutan simple. Kalau rasa malas sangat, buat kiraan ini. Contoh mau cuci pipi, u just bulat-bulatkan sampai 6 kali. Lepas itu, pindah ke dahi bulan 6 kali. Mungkin ramai yang susah buat urutan wajah 3-4 minit untuk mencuci muka, tapi buatlah 6 kali bulatan itu.
  • If u using Shaklee Youth Skincare. Umi bagitau u, best sangat tau guna toner itu untuk buka kulit mati. Antara penyebab pigmentasi juga ialah kulit mati yang tidak dibersihkan.
  • Untuk pudarkan pigmentasi itu, boleh guna serum. Memang sangat berkesan. Umi beberapa minggu sahaja nampak kesan.
  • Umi ada dry skin, eczema dan lead to pigmentasi dan juga jeragat. Umi belum pernah jumpa skincare yang treat benda ini dalam 1 jenis skincare. YOUTH sahaja! Sebab ada juga skincare boleh pudarkan pigmentasi tapi tidak sesuai untuk dry skin. Ada sesuai untuk dry skin tapi tidak sesuai untuk pigmentasi. Hanya YOUTH yang boleh beri segalanya pada kesihatan kulit.
  • Guna SPF!

3. TOOK SUPPLEMENT

Menurut saranan Cleveland Clinic, pigmentasi dan jeragat ini berpunca juga dari kekurangan vitamin B3 (niacinamide), B12, acid folic dan vitamin C. Apa supplement Umi ambil untuk kulit ialah.
  • B-Complex - Umi sebenarnya ambil b-complex ini untuk energy, i never know that good for pigmentation.
  • Vitamin C - Ya, Umi tahu yang ini untuk pudarkan dark circle.
  • Vivix - Kaya dengan polyphenol 
  • ESP - ESP sejenis protein yang sangat sihat dan seperti yang anda tahu, protein sangat bagus untuk renewal sel-sel kulit yang baru.

4. TUKAR ALAS TIDUR 

Umi sejak kena eczema, Umi belajar untuk tukar semua alas tidur seminggu sekali or even kalau belum seminggu tapi Umi tidak selesa, Umi terus tukar. Kalau baca semula diatas itu, kulit injury akan menyebabkan pigmentasi bukan? 

Logiknya, bila kita tidak kerap tukar alas tidur. Badan akan gatal dan kita cenderung untuk mengaruk. Garukkan itu akan meninggalkan kesan dan boleh menjadi pigmentasi pada kulit, tidak kira dimuka ataupun badan.

So rajin tukar cadar dan sarung bantal ya. Umi memang cuci cadar, sarung bantal, tuala dan telekung seminggu sekali.

5. CHANGE YOUR LIFESTYLE

Ramai tidak tahu, penyebab pigmentasi dan jeragat juga berpunca dari lifestyle kita. Lewat tidur, makan makanan tinggi gula, merokok.

Ya! Just change your lifestyle. Perlahan-lahan. 

Bulan ini belajar untuk tidur awal, bulan depan cut sugar, another month stop smoking dan begitulah seterusnya.

Teruk pigmentasi dan jeragat Umi dulu sampai Umi tidak berani cakap pasal umur. Asal orang tanya umur, Umi akan sebut 5 atau 10 tahun lebih tua. Sebab segan orang tengok keadaan muka yang sangat teruk akibat pigmentasi dan jeragat.

Adakah rawatan klinikal untuk jeragat dan pigmentasi? Jeragat kita boleh buat rawatan laser. Itupun sebagai pendapat peribadi Umi, tidak berbaloi pun sebab kulit temporary saja cantik tapi tidak sihat.

Untuk pigmentasi pula, ianya satu keadaan kalau terlalu serius pigmentasi pada kawasan tidak terkena sinaran uv tapi tetap timbul. Ia boleh jadi masalah kesihatan lain dan  sekiranya berjumpa doktor, doktor akan biopsi untuk mengetahui apa yang menyebabkan pigmentasi ini timbul.

Okeh! Sampai sini sahaja hari ini. Umi harap posting ini bermanafaat pada u. Selain itu, boleh juga baca tips PETUA HILANGKAN JERAGAT dari my friend.

Comments