3 KEBURUKKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU

Minggu ini hari Umi dimulai dengan keadaan yang sangat mencabar. Anak ketiga Umi terkena air panas. Habis badan dia melecur. Tapi Umi masih bersyukur, air yang kena tu bukanlah air baru mendidih. Ini boleh jadi teguran Allah agar Umi lebih alert terhadap keselamatan anak-anak. 


Back to the main story. Errr.. Hari tu puji sakan Intermittent Fasting, sekarang tiber ada keburukkan pulak. Biasalah, tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. 

Hujung minggu lepas, Umi sempat join kelas ini.


Alhamdullilah banyak sangat input baru terutamanya berkaitan dengan Autophagy. Selama ini baca-baca saja dalam apps Intermittent Fasting. Baca pun dalam bahasa asing. Memang pemahaman agak berbeza dengan apa yang Dr. Redza sampaikan. Umi cuba sampaikan atas pemahaman Umi yang terpaling ringkas untuk kamu.

APA ITU AUTOPHAGY?

Autophagy ialah proses asas dalam badan manusia di mana sel manusia mengekalkan kesihatan dan keseimbangan optimum dengan melakukan penyingkiran sendiri sisa selular, yang membaiki kerosakan, memulihkan dan meremajakan sel anda—menyediakan badan yang sihat dari dalam ke luar.

Untuk membolehkan sel manusia melakukan penyingkiran sendiri bahan buangan ini, mereka mengitar semula tisu yang tidak berfungsi melalui proses "kemas rumah" dalaman yang paling baik dijelaskan dengan melihat maksud perkataan autophagy.

BAGAIMANA AUTOPHAGY BERFUNGSI? 

Autophagy ini agak sukar untuk difahami. Jadi senang mau faham dengan cara begini.

AUTO = KENDIRI (DIRI SENDIRI)

PHAGY = MAKAN

Berwarna hijau itu adalah sel yang sihat, manakala sel warna merah itu sel yang risak dan ada toksik. 

SEL SIHAT akan makan SEL ROSAK. Paling senang lagi mau faham autophagy ini ialah seperti permainan Pacman. 

CARA UNTUK MENCAPAI AUTOPHAGY

Kalau lihat carta time line untuk Intermittent Fasting, autophagy hanya bermula selepas Intermittent Fasting selama 18 hingga 20 jam.

Jadi bagi yang biasa buat Intermittent Fasting 18 jam. Tahniah anda berjaya mendapatkan autophagy.

Umi sebenarnya teringin sangat mau share more about Autophagy, tapi maybe i should do another posting entry kan. Sebab Umi mau fokus untuk share apa 3 keburukkan intermittent fasting.

3 KEBURUKKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU

1. TIADA PANDUAN PEMAKANAN YANG BETUL

Jujurnya awal-awal Umi intermittent fasting, Umi buat 16-20 jam sehari. Tapi dalam tempoh window eating itu (waktu boleh makan), Umi "feed" my self macam tiada hari esok.

Umi makan segala jenis manisan, sampai pernah ada sekali. Gara-gara buat IF 20 jam, Umi makan 2 slice cake dan beberapa jenis makanan. Lama juga Umi buat Intermittent Fasting begitu rupa. Dan sampailah Umi mengandung semula, Umi tidak mencapai berat yang Umi inginkan. 

Bila Shaklee keluarkan Set New You, baru Umi sedar yang cara Umi buat IF ini salah. Sebelum ini dimomokkan kalau sudah puasa 18 jam makanlah apa saja. Haha. Ini antara punca berbulan- bulan buat IF pun tidak turun okeh. Umi harap anda tidak ulang kesilapan Umi.

Apa Umi buat ialah, Umi stay in mindful eating. Umi akan berusaha untuk makanan yang Umi masak sendiri dan Umi cut gula. Bukan terus-terusan tidak makan, tapi Umi buat challenge 7 days less sugar.

Alhamdullilah dengan cara itu, berat lebih senang turun. Apa lagi dengan bantuan Set Kurus Shaklee.



2. SAKIT BADAN DAN OTOT

Ramai yang mengadu sakit otot, letih dan sakit kepala sewaktu Intermittent Fasting. Ini kerana badan kita kekurangan elektrolit dan nutrisi-nutrisi penting sewaktu tempoh berpuasa itu.

3. KULIT GATAL

Umi setiap kali tiba bulan Ramadan, Umi akan risau seperkara ini. Iaitu masalah kulit kering dan gatal. Sampai bibir ikut pecah. Rupanya ia adalah simptom dehidrasi.

Pada tahun 2016, Umi pernah diserang eczema. Sewaktu itu, Umi tidak tahu mana punca sebenar. Umi pernah saja salahkan yang Umi bersalin secara pembedahan itu yang menyebabkan Umi eczema. Tapi lepas bersalin anak ke-3 dan ke-4 ini tidak juga berlaku eczema. Alhamdullilah.

Bila join kelas Dr. Redza ini baru Umi sedar yang boleh jadi dehidrasi menjadi punca Umi eczema.

Okeh. Story time!

Dijadikan cerita, tahun 2016 Umi ikut program kuruskan badan. Tapi semakin Umi kurus, semakin Umi rasa Umi ada kulit kering yang teruk sampailah Umi disahkan eczema pada tahun 2018.

Masa tu bermacam juga cara untuk Umi untuk pulih. Same goes to my friend yang buat Intermittent Fasting. Semakin buat IF semakin kurus tapi semakin ada masalah kulit.

Tau apa sebabnya? 

Bila kita start menurunkan berat badan terutamanya kaedah berpuasa berkala ini atau lebih dikenali sebagai Intermittent Fasting. Boleh jadi ia disebabkan oleh kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Kekurangan nutrisi juga antara puncanya.

Cara untuk kautim this kind of problem is,

i. Minum air yang cukup. Contoh Umi, berat Umi sekarang 90 KG. Umi minum 4L air putih sekurang-kurangnya. Alhamdullilah, memang tiada masalah gatal itu. Tapi kalau berpanjangan contohnya seminggu Umi tidak ambil air yang cukup, kulit muka Umi akan start jadi gatal dan bersisik.

ii. Makan Vitamin, especially for skin. Masa Umi eczema dahulu, Umi dicadangkan oleh doktor kerajaan untuk memakan Vitamin C, Omega 3 dan Vitamin E. Alhamdullilah, makan vitamin tersebut bantu Umi punya kulit beransur pulih. Walaupun tidaklah terus cantik seperti pajura.

iii. Guna moisturizer. This one penting tau untuk ikat kelembapan kulit kita.

U ada pengalaman sama macam Umi ataupun pengalaman lain? Bolehlah share ya. Selain itu, boleh juga baca my friend punya sharing pasal Keburukan Intermittent Fasting in her point of view

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee2023
#pengedarshakleekotakinabalu2023

Hubungi saya disini:

Elly Matin SID 1159538
Nombor Telefon 0135566683
Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu Sabah

Comments