Kenapa Mau Sangat Join Projek Blogmega Shaklee


Bila my master, Master Laila cakap ada projek blog under Master Norita. Hati Umi berbunga-bunga tau. Umi cakap dalam hati “this is the time, i akan comeback with blog”.

Dijadikan cerita, tahun 2012 Umi start blogging. Tapi bukanlah blog untuk buat Shaklee. Umi memang suka berangan-angan menjadi seorang pemulis. Hahah.

Apabila Umi join Shaklee, Umi banyak berkongsi di blog berkaitan Shaklee dan my journey as mom. Umi banyak juga berkongsi pasal my Youth Journey dan Detox Journey.

Dijadikan cerita, Umi terpaksa berhenti menulis blog pada tahun 2020 sehingga 2022 sebab Umi terlalu sibuk urus anak.

Umi mengandung 2 kali dalam tempoh 1 tahun, membuatkan Umi terlalu penat dan tidak dapat mengurus masa untuk menulis blog.

Alhamdullilah ada Vitamin Shaklee. Maybe kalau tidak kenal Shaklee, Umi bukan rupa Umi lagi. Haha. Boleh tahan penatnya. 


Sehingga blog lama Umi iaitu ellymatin.net telah hilang (kerana terlupa bayar domain)

Syukur bila Master Norita buat program ini, Umi dapat boost semula semangat Umi menulis.

Ibarat semasa join projek #blogmegashaklee ini, blog Umi baru bertatih.

Umi sangat suka cara kerja yang Master Salwa beri pada kami semua as participant. Sangat teratur dan membuatkan kami ada dayah saing untuk siapkan blog.

Projek ini ada pemenang tau. Tahniah pada semua pemenang. Ada beberapa kawan yang Umi kenal, memang Collagen, Nutriferon.

Alhamdullilah, Umi antara penerima saguhati. MasyaAllah, terima kasih Master yang anjurkan projek #blogmegashaklee 1.0

Besar harapan Umi untuk ada blog yang sustained untuk menjadi rujukan anak-anak team dimasa akan datang.

Sangat berbesar hati, sekiranya terpilih untuk sama-sama menjayakkan #blogmegashaklee 2.0.

InsyaAllah, Umi akan buat lebih baik dari sebelum ini.

Tahun 2019, Umi pernah menang pertandingan menulis blog. MasyaAllah. Masa tu Umi mahu menulis kerana mahu menang percutian di Hotel 5 bintang.

Tapi kali ini, Umi ikhlas untuk belajar dan menulis semula. Menang itu satu bonus, tapi tiada istilah kalah kerana Umi dapat hasilkan aset dan belajar banyak benda dalam proses menulis dan juga sertai komuniti ini.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Master Norita dan Master Salwa atas usaha ini. Semoga Allah membalas berlipat kali ganda usaha ini dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

AMEN




#projekblogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments