APA ITU INTERMITTENT FASTING?

Awal-awal PKP hari tu, Intermittent Fasting ini antara diet yang sering diperkatakan di Malaysia. Malah Umi antara orang-orang yang terawal mengamalkan diet Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF.

Tapi awal-awal tu tidak tau pun Intermittent Fasting ini ada banyak jam ikut kemampuan diri. Semuanya sekadar ikut-ikutan tanpa tahu apa kebaikkan Intermittent Fasting, tanpa tahu apa itu Intermittent Fasting.

APA ITU INTERMITTENT FASTING?

Ok jom kita berkenalan dengan  Intermittent Fasting. Intermittent Fasting bermaksud Puasa Berkala. Masa IF berjalan, kita tidak akan consume apa-apa jenis makan atau minuman yang ada kalori.

Sebelum ini, Umi fikir Intermittent Fasting itu cuma boleh dilakukan 12 jam, 16 jam dan keatas. Rupanya jarak 4-6 jam tidak makan pun dianggap Intermittent Fasting.

FAEDAH BERPUASA

Berpuasa untuk RESET, Makan untuk memberi NUTRISI dan MEMELIHARA Tubuh.

Berpuasa sudah menjadi sebahagian daripada pelbagai Agama dan budaya di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan.

Ada orang kata, “buat apa IF, puasalah betul-betul”

Ya, untuk yang mampu puasa Isnin Khamis, puasa sunat Nabi Daud boleh teruskan. Itu yang terbaik. Tapi tak semua mampu nak puasa Isnin Khamis, Puasa Nabi Daud boleh follow IF. 

FAEDAH INTERMITTENT FASTING

Tahukah anda bila anda berpuasa berkala, ia boleh melaraskan sistem badan anda. Bukan hanya sekadar kurus, kerana IF ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk melakukannya. 

Hasil yang anda nampak dalam IF bukan hanya sehari dua. Tapi ada yang mengambil masa bertahun-tahun untuk capai target buat IF.

Bila anda serius menjadikan IF sebahagian dari lifestyle. Anda akan mula untuk belajar cara mengurus tabiat makan. Seperti Umi, Umi masukkan dalam 1 journal my meal tracker.

Dulu sehari Umi makan lebih dari 6 kali. Tapi selepas berkenalan dengan IF, rupanya boleh saja hidup walaupun cuma makan 2 kali sehari tanpa jajan.

Apa yang anda dan Umi kena tetapkan bila join IF ialah fokus untuk ubah gaya hidup. Kalau dulu mungkin sehari 6 kali makan, perlahan-lahan kurangkan kepada 4 kali, 3 kali dan seterusnya.


Ramai yang sangka bila buat Intermittent Fasting untuk kurus semata-mata. Padahal banyak sangat kebaikkan IF ini. Bayangkan dengan IF ini, boleh membantu turunkan tekanan darah kita. Ramai tau yang buat IF sebab mau turunkan gula dalam badan. Salah satunya Umi. 

APA YANG AKAN BERLAKU PADA BADAN ANDA BILA ANDA BERPUASA?


Berpuasa 4-8 jam juga dapat faedah, inikan pula berpuasa 16 jam sehari. 

Umi pernah kena GDM sewaktu hamil. Intermittent Fasting ini antara diet yang Umi amalkan kerana ianya senang untuk control pemakanan terutamanya makanan manis.

Semoga perkongsian Umi dapat menjawap persoalan u selama ini. Jumpa lagi di lain hari. InsyaAllah.

Comments