5 PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI
Hari ini, Umi teringin sangat mau share petua hilangkan jeragat yang Umi pernah try and error sebelum ini. Dijadikan cerita, Umi peranh ada jeragat yang sangat teruk bermula dari umur Umi 22 kalau tidak silap. Sebab Umi start berkerja di site pada umur 21 tahun. Gambar atas ini antara kejayaan Umi dalam menjaga kesihatan kulit Umi sendiri. Sebab jujurnya, Umi bukan seorang perempuan yang mengambil berat sangat pasal kulit. Menjaga asal ada sahaja. Haha! Sebelum Umi teruskan share petua Umi, mungkin ada yang tidak tahu apa itu jeragat? Dan tahukan anda bahawa jeragat dan pigmentasi itu berbeza! APA ITU JERAGAT? Jeragat atau freckles ini ialah dark spot yang selalu kelihatan di wajah tidak kira lelaki atau perempuan. Umi salah seorang insan terpilih yang ada freckles. Memang sangat tidak selesa bila masih muda tapi ada this kind of dark spot on your face. Tapi zaman sekarang freckles ini menjadi trending sudah sampai ada fliter freckles. Okeh, bukan mau cerita itu. Hehe. Ia terjadi pa