5 TIPS UNTUK OPEN HOUSE

Assalamualaikum dan Salam Syawal ke 21. How are u? I hope u doing well. Musim panas sekarang ini, memang agak mencabar bagi kami yang tinggal di tepi perairan Sabah. Panas lit-lit.

Tahun ini, Umi tidak sempat buat makan-makan untuk kawan-kawan dan keluarga. Sebab selepas balik dari Lahad Datu hari tu, macam-macam berlaku dan salah satunya tiada air paip di rumah. Jadi kami lebih banyak staycation dari berada di rumah.

Even ada family mau datang bertandang pun, terpaksa ajak makan di luar kerana kekangan tiada air paip. Rezeki kami tinggi di tempat tinggi, selalu tiada air paip.

Tapi, walaupun tidak sempat masak-masak. Ada juga kawan-kawan yang minta pendapat untuk judah open house. Kalau mau open house ini banyak perkara perlu diambil kira. Termasuklah keselesaan anak-anak kita. Umi kalau buat open house, Umi akan makesure anak-anak Umi dalam keadaan baik semasa memasak. Mom will know what i mean.

5 TIPS SEWAKTU OPEN HOUSE

1. PILIH MENU YANG SEDIKIT TAPI SEMUA ORANG SUKA

Mungkin ada yang tidak setuju tips yang ini, tapi Umi lebih prefer untuk buat seperti ini. Kalau open house, Umi akan pilih 4 menu utama sahaja untuk dihidang. Apa paling penting ialah memilih style masakkan. Adakah U mau masakkan daging, seafood, masakkan kampung, masakkan werstern, masakkan Melayu.

1 Hidangan untuk dewasa
1 Hidangan untuk semua
1 Hidangan untuk kanak-kanak
1 Hidangan sayur

  • Sup Tulang
Ini antara menu kegemaran Umi. Sebab sup tulang sangatlah mudah untuk dimasak. Tidak perlu ada di depan dapur setiap masa dan paling penting, sup tulang ini boleh masak hari sebelum open house. 

Umi pernah masak sup tulang dalam 30 kg untuk tunang adik dan everyone said SEDAP! And my mom cakap "mudahnya buat sup tulang ini". Bahan pun tidaklah terlalu banyak. 

Selain itu, Umi suka masak sup tulang sebab tidak banyak kerja potong-potong perlu dibuat. Condiment pun cuma perlu sediakan daun sup, bawang goreng, cili dan limau. Sebab orang yang suka minum sup tulang, mereka cuma perlukan itu untuk merasa betapa manisnya sup tulang tanpa banyak perisa.


  • Ayam Goreng

Ayam goreng juga antara kekuatan Umi. Haha, Umi suka masak sebab ayam goreng yang Umi masak sangat sedap! Okeh! Masuk bakul angkat sendiri. Ayam goreng ini senang sangat mau masak. Paling penting, kena ada kuali besar untuk masak banyak-banyak sekali. Umi selalu perap guna kunyit dan blackpepper

Lepas itu salut nipis dengan tepung. Masa masukkan ayam saja api kena kuat, 1 minit macam tu, perlahankan api dan InsyaAllah dapat ayam yang rangup tapi ber-jus dalamnya. 


  •  Sea Food

Kadang ada tetamu yang suka hidangan seafood, jadi Umi selalu juga open house hidang ketam, sotong. Masak simple-simple tapi terus banyak. Ikan goreng dan sambal belacan juga antara menu yang tersedap okeh gais.


2. GUNA PINGGAN KACA 
Umi sudah pernah buat open house guna pinggan plastik. Sangat susah untuk dibersihkan. Kena sabun 2 3 kali supaya minyak hilang. Tapi bila guna pinggan kaca, proses pembersihan sangatlah mudah.

Ramai yang suggest guna pinggan mangkuk kertas. Sebagai seorang pencinta alam, Umi lebih memilih untuk mencuci pinggan dari pakai peralatan pakai buang. Tapi itu, terpulang pada u yang buat open house.

Keselesaan masing-masing.

3. PILIH TARIKH YANG SESUAI
Pilih tarikh yang esoknya u sebagai tuan rumah akan bercuti. So masa yang sesuai ialah petang Sabtu. Jadi ada masa untuk rehat pada hari Ahad. Tapi kalau untuk tetamu kecil, boleh saja pilih tarikh bila pun.

Umi suka malam Sabtu, sebab mindset Umi hari Ahad adalah hari quality time bersama keluarga.

4. MINIMALIST DECO
Masa open house, bukan kawan-kawan sahaja yang datang. Anak-anak kawan pun akan datang. So elakkan any deco yang mudah pecah atau terlalu serabut. 

Supaya tetamu kita (kawan-kawan dan keluarga) lebih selesa untuk makan dan berbual. 

5. SEDIAKAN RUANG UNTUK KANAK-KANAK
Paling penting sediakan ruang untuk anak-anak agar tidak menganggu orang dewasa. Boleh sediakan bermacam jenis permainan atau aktiviti seperti mewarna dan lekat sticker.

Idea ini, Umi ambil dari staff Shaklee. Setiap kali ada event Shaklee. Shaklee Team akan sediakkan ruang untuk anak-anak merwarna dan bermain agar kami yang mama or papa dengar talk ini tenang sahaja. Hihi.


Jom baca Open House Shaklee kawan Umi

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee2023
#pengedarshakleekotakinabalu2023
#NextlevelBlogging
#SetRahmahShaklee2023

Hubungi saya disini:
Elly Matin SID 1159538
Nombor Telefon 0135566683
Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu Sabah

Comments