RAMADAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

ALHAMDULLILAH!
MASYAALLAH!

Syukur kepada Illahi, sekiranya Allah izin. Ramadan tahun ini adalah Ramadan Umi yang ke-10 memeluk Islam. Terima kasih Allah atas hidayah ini. Walaupun didatangkan dengan atas dasar ikatan perkahwinan. Tapi itulah hidayah Allah.
Mungkin pada pandangan mata kasar pada masa itu, ianya hanya sebuah ikatan untuk mehalalkan hubungan. Tapi kita semua tidak tahu apa perancangan Allah. Huh, will spill the tea at another entry. Apa-apapun, doakan agar Umi sentiasa diberikan hidayah.

Okey, jom kembali kepada cerita utama. Lagi 14 hari mau puasa ini. Menjelang Ramadan yang mulia, apa persediaan paling awal u sebagai seorang Islam? Persediaan akhir? atau belum sedia lagi, lepas baca entry Umi baru mau ready untuk Ramadan? Okey, jom teruskan membaca. 

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN 2023

1. Target

Umi sejak join Shaklee, semua benda Umi mau buat target. Tidak kesahlah pasal rumah, pasal bisnes, pasal kesihatan dan even my faith juga Umi memang akan buat. Bukan pada bulan Ramadan sahaja, tapi di bulan-bulan yang lain.

Cuma pada bulan Ramadan ini, lebih senang capai target faith dari hari-hari yang lain. Sebab tahun lepas, Umi sudah try buat tracking solat, tracking sedekah, tracking masuk kelas agama.

Memang lebih banyak tracker yang ditick dari dibiarkan kosong sahaja. Badan dan minda lebih mindful bila waktu Ramadan. Bolehkah setiap bulan Ramadan. Mau menangis pula.

2. Mental

Bulan Ramadan ini, sepatutnya hidup kita lebih tenang. Lebih terkawal dan lebih mindful. Tapi jujurnya, Umi sebagai seorang ibu yang ada anak rapat. Memang sangat mencabar. Jadi sebelum Ramadan ini, Umi memang get ready my self to be tenang. Umi belajar teknik pernafasan yang betul.

Setiap kali mau marah, Umi akan tarik nafas paling dalam dan tahan selama mungkin. Hembus sampai perut menjadi kempis. Awal-awal, agak susah juga mau buat. Tapi Alhamdullilah. Lama kelamaan, badan boleh terima.

Alhamdullilah, walaupun cuma bernafas. Tapi boleh tenangkan fikiran. Selain itu, super upline Umi iaitu Master Norita. Mencadangkan kami di dalam team untuk melazimi selawat

Umi juga ambil B-Complex untuk mental health, dengan izin Allah. Umi memang lebih tenang bila ambil B-Complex sewaktu subuh.

3. Fizikal

Jujurnya berat Umi pada bulan December 2022 lebih 95 KG. Masuk January 2023, dapatlah 94.70 KG. Dan apa yang Umi sedar bila berat Umi macam ini, Umi susah sangat bangun awal. Sebab sebelum ini, Umi bangun jam 3 pagi untuk buat kerja-kerja rumah dan juga bisnes thingy. 

Umi memang biasa buat seawal itu, sebab dulu my master anjurkan untuk bangun Tahajjud 3 AM. Cuma bila Umi beranak 2 kali dalam kurang 2 tahun. Berat badan Umi naik, badan sering sakit-sakit dan memang cabaran paling besar ialah mau bangun subuh. Kadang sudah bangun, tapi sebab badan sakit. Mau bangun dari tilam tu sangat susah okeh.

Jadi Umi pun decide untuk turunkan at least 5 kg sebelum puasa. Sebab Umi percaya, bila Umi turun sekurang-kurangnya 5 kg by March 2023. Umi lebih mudah bangun. Lagipun, Umi ada masalah sakit tulang belakang dan lutut. Ini boleh jadi berpunca dari obese jugak. So kalau sakit, susah mau solat dengan sempurna.

Alhamdullilah by 1 March 2023, Umi sudah hilang 3.9 kg dan Umi makin senang bangun subuh. Sengal badan pun kurang sudah. Malah bulan lepas, Umi start sudah brisk walk. Lutut pun beransur pulih. InsyaAllah tiada halangan untuk Umi berpuasa penuh kecuali waktu "cuti".


Selain itu, Umi memang amalkan Set Puasa Shaklee sejak Umi join Shaklee. Alhamdullilah, Umi lebih bertenaga dan kenyang lebih lama dengan Set Puasa Shaklee.

PENGALAMAN BERPUASA 

Sebelum memeluk Islam, Umi sudah ikut kawan-kawan berpuasa. Ia sekadar suka-suka. Lebih kepada mau enjoy the moment berbuka puasa. Jadi Umi memang join berpuasa termasuklah sahur. Apa yang Umi tidak suka bila bersahur ini, kalau sendawa dalam jam 10 am macam tu. Bau sendawa tu buat Umi lapar at the same time mau muntah. HAHA.

Tapi sejak kenal Shaklee, Umi jarang sangat bersahur dengan makanan berat seperti nasi atau lauk pauk. Selalunya paling berat pun Umi ambil sedikit sup ayam yang dimasak seperti masakan orang berpantang dan sayur. Umi lebih suka mengambil Set Puasa Shaklee berbanding dengan makanan berat.

Ia kerana, bila ambil makanan berat. Umi tidak boleh tahan sendawa tu, dan Umi rasa mau muntah. Haha. Tapi kalau bersahur dengan Set Puasa Shaklee. Umi lebih bertenaga, lebih tahan lapar dan Umi lebih tenang. 

Sewaktu berbuka puasa pula, bila Umi skip Set Puasa Shaklee. Umi akan bloated dan ia membawa kepada aksi ulang alik ke toilet sebab mual. Umi bersyukur sangat Allah buka hati Umi untuk mencuba Shaklee.

Alhamdullilah tahun ini, tahun ke-9 Umi berpuasa dengan Set Puasa Shaklee.

RAMADAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Set Puasa Shaklee ini terdiri daripada tiga. Iaitu, ESP, Cinch Chocolate dan Performance Drink. Macam dalam gambar ini. Masing-masing ada kelebihan sendiri.

My friend Qiqi share details about Set Puasa Shaklee

Umi memang mengambil set berpuasa Shaklee setiap kali berpuasa. Selain itu, Vivix dan B-Complex juga antara vitamin wajib Umi sewaktu berpuasa.

Rutin Vitamin
1. ESP
2. Cinch Shake
3. Vivix
4. B-Complex
5. Performance Drink

APA KEBAIKKAN SET PUASA SHAKLEE SEWAKTU RAMADAN


ESP ini adalah protein dari soya yang tidak diubah secara organik. Protein dari soya sama macam protein yang terdapat pada ikan, ayam dan daging. Terdapat 9 jenis Amino Acid yang diperlukan badan.

Pengalaman Umi berpuasa dengan ESP, walaupun Umi tidak makan nasi sewaktu sahur. Umi tidak cepat lapar berbanding makan nasi sewaktu sahur. Ini sebab Indeks Glisemik (GI) dalam ESP sangatlah rendah.



Cinch Shake ini mempunyai 3 jenis perisa. Vanila, Latte dan Coklat. Cinch Shake kegemaran Umi ialah Coklat. Umi suka rasa Cinch Coklat sangat kaya dengan rassa dark coklat. Menulis sambil telan air liur.

Umi suka campur Cinch Shake dengan ESP. Kenyang lebih lama tau, walaupun tengah susukan baby. Cinch Shake ini berfungsi sebagai pengganti makanan atau orang putih selalu cakap instant meal. Maksudnya kalau sudah minum Cinch Shake ini, kita tidak perlu susah-susah untuk bersilat di dapur lagi sewaktu puasa.

Selain itu, Cinch Shake ini membantu mengawal berat badan dan paling penting ia membantu untuk kekalkan jisim atau kuatkan otot kita.

3. B-Complex

B-Complex ini ramai yang tidak berani ambil sebenarnya. Sebab ramai individu dimomokkan bahawa kalau ambil b-complex badan akan jadi gemuk.

Walhal ramai tidak tahu, b-complex ini berfungsi untuk tukarkan karbohaidrat kepada tenaga. Umi kalau tidak ambil b-complex Umi akan jadi sangat lemah. Jam 10 am sudah mengantuk.

Selain itu, b-complex bantu atasi stress kita. Ada kajian individu yang kekurangan b12 dan b6 lebih sukar untuk kawal emosi. Huhu. Mom must have lah b-complex ini. 

Apa lagi sewaktu berpuasa.


Performance drink minuman isotonik tanpa gas, sangat bagus untuk kekalkan badan sentiasa hidrasi. Ia membekalkan air dalam tubuh badan. Paling penting ia mengandungi elektrolite supaya badan aktif walaupun sewaktu berpuasa.

Keperluan air Umi seharian 4 Liter. Selalunya, sewaktu berpuasa Umi akan minum 2 L sebelum habis waktu sahur dan juga 2 L selepas berbuka puasa. Tapi tempoh untuk minum air sebelum sahur sangatlah singkat. Jadi Umi akan ada potensi untuk buang air kecil dengan sangat kerap sewaktu pagi. Sampaikan jam 10 am dan keatas, Umi akan mula rasa haus.

Berbeza bila Umi minum Performance Drink sebelum habis sahur. Umi tidaklah haus terlalu cepat dan Umi tidaklah buang air kecil terlalu kerap.

Selain itu, bibir pun tidak pecah bila minum Performance Drink sepanjang berpuasa.

5. Vivix

This is must have supplement during Ramadan. Umi boleh bertolak ansur untuk tidak ambil Vivix semasa tidak berpuasa, tapi Umi tidak boleh tiada Vivix sewaktu berpuasa.

Sebab Umi ada eczema dan kulit kering yang sangat teruk. Vivix ini antara asbab kulit Umi kekal lembab dan terhindar dari eczema dan kulit kering.

Vivix ini bantu untuk tingkatkan sistem imun badan. Sewaktu puasa ini, perkara paling perlu dielakkan ialah sakit, demam, selesema atau mana-mana sakit. Sebab bila sakit, akan menganggu ibadah puasa kita.

Tenaga juga sangat bagus bila minum Vivix tau. Paling best, ia boleh mengurangkan pigmentasi. 


Hubungi WhatsApps Umi atau boleh beli terus disini

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee2023
#pengedarshakleekotakinabalu2023

Hubungi saya disini:

Elly Matin SID 1159538
Nombor Telefon 0135566683
Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu Sabah

Comments