9 SEBAB KENAPA KOMUNITI SHAKLEE SANGAT BEST
Tahun ini, tahun ke-9 Umi consume Shaklee. Pada awalnya, Umi join Shaklee ini bukan sebab untuk bisnes. Sebab semasa itu, Umi masih berkerja dalam bidang Oil and Gas.
Tapi disebabkan Umi berkerja dalam bidang yang tidak ramai kawan perempuan. Jadi Umi ingin mencari kenalan dengan cara join Shaklee.
Pada awal Umi di approach oleh upline Umi (bukan Master Laila, kerana Master Laila ialah upline Umi level ke 6).
Upline Umi cakap macam ini tau "ko tau, best join Shaklee ini, ada homeparty, ada makan-makan di hotel, ada meet up dengan kawan-kawan"
Dalam hati tertarik dengan Homeparty. Wah macam orang putih ada homeparty. So akhirnya Umi pun join Shaklee.
9 SEBAB KENAPA KOMUNITI SHAKLEE SANGAT BEST
1. BUKAN DUNIA SEMATA-MATA
Antara kesyukuran Umi bila kenal Shaklee ialah Umi kenal Islam. Umi seorang mualaf. Umi adalah juga join kelas-kelas keagamaan.
Tapi Umi jadi istiqomah dan mahu belajar lebih bila, Umi dalam komuniti Shaklee. Ada kawan-kawan yang ajak mengaji, ajak melakukkan amal-amal soleh yang melampau batas fikiran Umi.
Ini antara kelas keagamaan yang Umi join dibawah salah satu program Master Umi di Shaklee |
Umi bersyukur sangat Umi jumpa Shaklee as bisnes Umi. Sebab bukan hanya sekadar bisnes.
Even memberi zakat juga antara perkara yang Umi belajar dalam Shaklee dan menjadi ajaran turun-temurun Shaklee Family dalam organisasi Umi.
Bila Umi share dengan kawan-kawan Mualaf, mereka rasa sangat bersyukur kerana tahu ilmu zakat ini. Which is, orang selalu cakap. Hanya berpendapatan sekian-sekian boleh berzakat.
2. TERASA SURIRUMAH HIGHCLASS
Semasa Umi baru join Shaklee, tahap konfiden Umi diukur oleh gaji tau. Bila berurusan dengan orang yang gaji atau jawatannya lebih rendah. Umi akan rasa berkeyakinan. Manakala bila sebaliknya, Umi akan menikus sekecil tikus.
Umi tidak sangka, bila bersama Shaklee. Umi yakin berkata-kata. Malah Umi pernah beri sharing di hadapan lebih 2000 Jutawan Shaklee dan sering mendapat undangan dalam sharing motivasi.
Tiada lagi istilah "aku ini surirumah sahaja"
Bila Umi merasa tidak yakin, Umi akan top up B-Complex untuk up kan keyakinan Umi. Semua atas izin Allah.
Umi suka sangat vibes yang Shaklee beri pada Umi. Sebab kelas yang di adakan pun akan diadakan dalam tempat-tempat yang ber-kelas tinggi.
Sedikit sebanyak ia memberi "healing" pada Umi sebagai seorang surirumah.
![]() |
Healing di Pulau dengan anak-anak. Time Freedom. |
3. ADIL DAN SAKSAMA
Sistem Shaklee sangat adil dan saksama. Tiada istilah kita upline, bonus kita lebih tinggi dari downline tau. Boleh jadi, downline kita boleh dapat lebih daripada bonus kita.
Contoh dibawah ini.
![]() |
Mela ini salah seorang downline Umi tau. Tapi bonus beliau lebih tinggi dari Umi |
![]() |
Ini adalah bonus Umi. |
Dalam Shaklee U buat U dapat. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk dapat bonus yang banyak. Kerja bestie.
InsyaAllah tiada penindasan.
4. ADVANCE SELANGKAH KEHADAPAN
Umi sangat bangga dalam komuniti Shaklee ini, sebab tidak kira ilmu atau program. Mesti selangkah kehadapan.
Umi ingat lagi, macam mana Umi terpaksa jadi mentor motivasi dalam sebuah MLM lain kerana telah belajar ilmu itu 4 bulan lebih awal dari group MLM tersebut.
Ini antara program motivasi yang Umi join lebih awal dari Network marketing lain.
5. TOLONG MENOLONG
Selama 9 tahun dalam Shaklee, Umi tidak pernah di reject oleh sideline bila ada persoalan yang Umi utarakan. Ia ibarat kita jaga kita.
Bayangkan dengan sideline pun kami jaga, inikan pula group sendiri.
Program JOM BANGKIT Sabah yang kami telah buat di KK secara besar-besaran bersama team Master sideline.
Saling membantu dan memberi untuk mencapai impian yang sama.
6. POSITIVE CIRCLE
Umi pernah mahu berhenti buat Shaklee, tapi tidak jadi. Sebab rasa tiada motivasi hidup bila tidak buat Shaklee. Sebab dalam group, ramai kawan Shaklee yang berbesar hati untuk share morning motivation dalam group.
![]() |
This is Izura. My sideline. Tapi walaupun kami hanya sidelines. Kami support each other. |
![]() |
Support each other to achieve same goal |
7. FAMILY BUSINESS
Sambil close order, sambil tu juga teman anak-anak membaca. |
![]() |
Closing February 2023, ajak anak-anak ke branch |
8. MENDAPAT KESIHATAN LEBIH BAIK
![]() |
Selepas melahirkan anak kedua, kulit Umi rosak teruk. Ditambah pula dengan sejarah lama, kulit selalu terdedah dengan matahari. |
![]() |
Gambar ini diambil pada tahun 2022 sebelum bersalin anak ke-4. Alhamdullilah, Umi bebas eczema setelah 5 tahun berjuang. |
Umi telah bersama-sama menjayakan program Jom Detox dibawah naungan Jutawan (Master Laila). Sepanjang kami menguruskan program ini, Shaklee selalu membantu kami dari segi menyediakan bengkel nutrisi dari pakar-pakar Nutrisi Shaklee.
Umi orangnya sering travel, bila travel orang cakap susah buat bisnes yang perlu COD barang. Tapi di Shaklee, kami cuma perlu telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smart phone untuk kami melakukan bisnes melalui talian.
Barang Shaklee pegang, Packaging Shaklee buat, Pos juga Shaklee tolong. Alhamdullilah.
Sangat bertuah dalam komuniti Shaklee.
10. CAR BONUS SHAKLEE
Ini bukan komuniti antara 9 sebab, tapi Umi berbesar hati untuk share. Sebab Umi sangat berterima kasih dengan Shaklee kerana instead of bagi kami kereta. Shaklee bagi cash.
Masa awal-awal kerja 11 tahun lepas, Umi terlalu mengikut jiwa remaja untuk beli kereta disaat income cukup-cukup makan.
Umi merasa hidup Umi berkerja hanya untuk bayar kereta.
Alhamdullilah, Allah izin untuk mencapai Bonus Kereta dari Shaklee. Umi dapat bayar habis kereta itu.
Walaupun tidaklah awal habis, tapi Umi sangat bersyukur. Sebab tanpa duit Car Bonus itu. Mungkin sampai sekarang, Umi masih ada hutang kereta.
I am so grateful.
Terima kasih Shaklee.
MasyaAllah.
Comments
Post a Comment